Tuesday, 16 August 2016

 Sesi Pengajian : JUN 2016
Kod Nama Kursus : DUB 1012

Tajuk                     : ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Nama Pensyarah    : PUAN NURUL ASMA BINTI EFFENDI
Jabatan                  : PERDAGANGAN
Program                : DIPLOMA AKAUNTANSI
Kelas                    : DAT1A
No.Kumpulan       :  5
Nama ahli kumpulan :



> Siti Aishah Binti Abdul Rahman (16DAT16F1010)  



> Nur Athirah Munirah Binti Maulot (16DAT16F1014)



>Aimi Annisa Binti Ahmad Firdaus ( 16DAT16F1013)



> Nurul Fatehah Binti Abdullah (16DAT16F1119)











sejarah pembukaan melaka







Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka


Thursday, 11 August 2016

Pengenalan Kesultanan Melayu Melaka

Tema ini mengisahkan kemunculan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15 hingga awal abad ke-16. Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu tradisi budaya, politik dan ekonomi yang kekal diwarisi hingga masa kini.


Kegemilangan dan kemakmuran Melaka telah menarik Portugis untuk datang dan seterusnya menguasai Melaka. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 memaksa waris Kesultanan Melaka berpindah ke Johor dan bermula dari situlah mereka meneruskan perjuangan hendak menegakkan semula kedaulatan Melaka.

Sebagai latar belakang kepada Kesultanan Melayu Melaka, kami akan cuba menyentuh beberapa perkara berkaitan kegemilangan Negeri Melaka antaranya:


  • Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dari sudut politik
  • Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dari sudut ekonomi
  • Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dari sudt pendidikan 
















PENGASAS MELAKA



Parameswara

 Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah Kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia . Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang , Sumatera Tenggara . Srivijaya merupakan sebuah Kerajaan Maritim dan mengendalikan perdagangan  . Dari segi agama , kerajaan ini merupakan pusat anutan dan penyebaran agama Hindu-Budha serta pengajuian Sanskrit . Pada tahun 1391 , kerajaan Srivijaya telah diserang oleh Raja Majapahit Putera Palembang pada masa itu adalah Parameswara . Parameswara dan pengikut setianya berlindung di Temasik setelah diserang oleh Raja Majapahit . Beliau (Parameswara) bukan seorang yang “keji” atau “tikam belakang” tetapi disebabkan Temasik pada masa itu di bawah jajahan Siam . Oleh itu , satu-satunya jalan untuk menuntut semula Temasik ialah dengan membunuh Temagi dan menguasai  Temasik yang pernah menjadi tanah jajahan Palembang terdahulu . Parameswara melakukan semua ini kerana beliau mendapati Temasik berpotensi untuk menjadi pelabuhan entrepot atau kawasan perdagangan utama di Asia Tenggara . Temasik berkriteria yang strategik . Pada waktu itu , Temasik telah pun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah Kerajaan Ayudhya , Siam . Namun pada tahun 1398 , Ayudhnya telah membuat serangan balas ke atas Temasik . Parameswara dan para pengikutnya mengundur diri dan bertapak di Muar dan akhirnya di Melaka.




 SIAPAKAH PARAMESWARA ?

  Parameswara (परमेश्वर) adalah sebuah nama yang berasal dari bahasa Sansekerta. Parama berarti “paling berkuasa”, dan Iswara berarti “raja”. Parameswara juga merupakan nama lain untuk Siwa, salah satu dewa utama dalam agama Hindu .
  Parameswara (1344-1414 ) merupakan seorang Raja Temasek yang berketurunan diraja Srivijaya yang menubuhkan kerajaan Melaka pada 1402. Apabila memeluk Islam Raja Iskandar Shah merupakan nama Islam Parameswara walaupun sekarang ini ada sejarawan yang mempertikaikan kesahihan pernyataan ini. Baginda memeluk agama Islam apabila berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam dalam tahun 1414.
   Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bentan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401).
   Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani").







BAGAIMANA MELAKA MENDAPAT NAMA ?

  Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke sungai . Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri . Baginda memberi nama Melaka iaitu bersempena yang bernama “Melaka” .
            
  Terdapat juga beberapa pandangan lain yang mengatakan bahawa nama Melaka berasal daripada istilah Bahasa Arab , iaitu Malaqat yang bermaksud “tempat perlindungan” sebagai simbolik kepada tapak perlindungan Parameswara dan para pengikutnya .




                                                                     Pokok Melaka










SUSUN LAPIS PEMERINTAHAN MELAKA


























Sistem pentadbiran di Melaka mempunyai susun lapisan pemerintahan mengikut heiraki pemerintahan yang mana tergolong daripada golongan yang pemeritah dan golongan yang diperintah.
Golongan pemerintah tergolong daripada Raja atau Sultan, kerabat diraja dan para pembesar, manakala golongan daripada golongan yang diperintah pula terdiri daripada artisan, para pedagagan ,rakyat biasa dan hamba. Kestabilan politik melaka pada peringkat awal dikatakan bermula daripada kebijaksanaan pemerintahnya iaitu Parmeswara yang bijak memerintah dna mentadbir politik Melaka. Hal ini kerana Parameswara mempunyai pengalaman berpolitik dan mentadbir ,iaitu pengalaman semasa menjadi Raja di Palembang dan Singapura yang membolehkan Parameswara merancang skema untuk memajukan Melaka.

Dalam mengawal dan menstabilkan politik, Sultan memainkan peranan yang terpenting. Sultan menduduki heiraki teratas yang berkuasa mutlak, hal ini dapat dilihat kerana Sultan mempunyai kuasa dalam semua perkara. Contohnya, Sultan berhak menjatuhkan apa sahaja hukuman terhadap pesalah dan penderhaka. Pelantikan Sultan adalah berdasarkan keturunan iaitu dimana putera sulung akan menggantikan Sultan Karisma dan daya kepimpinan Parameswara tentu tidak bererti jika tanpa para pembesar. Premis kewibawaan politik dan kepimpinan yang dimiliki oleh Parameswara disokong pula oleh para pembesar dan menterinya. Sejarah Melayu dengan jelas mengatakan bahawa semasa memerintah Singapura, Parameswara dibantu oleh para pembesarnya sebagai jentera pemerintah bagi menjalankan dasar kejayaanya. Secara umum, hierarki para pembesar ini adalah seperti berikut:

PEMBESAR UTAMA

Bendahara
·          * Sebagai bapa mentua raja.
·         *( Menteri utama yang menyamai peranan Perdana Menteri sekarang. 
·         *Bertindak sebagai penasihat kanan raja .
·         *Berketurunan raja dan mempunyai pertalian rapat dengan raja.
·         * Pemangku raja semasa ketiadaan raja .
·         *Bertindak sebagai ketua hakim sekiranya raja tidak.
·         *Pemilih dan pelantik raja.
·         * Menguruskan soal pentadbiran negeri dan jajahannya.
·         *Orang kedua terpenting dalam angkatan tentera selapas raja.

Penghulu Bendari
·         *Mengawal pembendahara negara.
·         *Bertanggungjawab memugut cukai dan hasil negara.
·         *Menyimpan daftar hamba raja.
·         *Ketua semua syahbandar.
·        * Bertanggungjawab soal adat istiadat dan sagara hal ehwal berkaitan dengan istana.

Temenggung
·         * Pelaksana atau ketua undang-undang, peraturan negeri dan keselamatan.
·         * Digelar juga sebagai Ketua Polis Negara
·        * Pendakwa raya sekiranya berlaku kesalahan individu yang berbukti.
·        *  Ketua protokol dalam soal adat istiadat.

Laksamana
·         * Pahlawan dalam peperangan, terutama di laut.
·         * Digelar 'raja di laut'.
·         * Mengetuai semua pahlawan kerajaan.
·         *  Memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi.
·         * Diplomat dan membawa utusan kerajaan.
·        * Pengawal peribadi diraja.


Seperti yang telah disebutkan lebih awal, pembesar-pembesar utama ini dibantu oleh pembesar-pembesar seperti bentara, sida-sida dan para Biduanda. Kemuncak sistem berkerajaan ini ialah raja. Baginda digelar Raja atau Duli Yang Dipertuan.Gelaran Sultan mula digunakan apabila Seri Maharaja menjadi Raja Melaka yang ketiga dengan gelaran Sultan Muhammad Syah. Baginda dikelilingi oleh kerabatnya sendiri yang termasuk keluarganya, seorang Bendahara dan penghulu Bendahari terawal yang merupakan adinda raja kerabat yang terhampir . Tome Pires melaporkan bahawa ketika Parameswara  berangkat dari Muar ke Melaka, baginda pernah berkata ,"...with my wife and house."Sistem Pentadbiran Melaka semakin berkembang dan bersistematik selaras dengan perkembangan dan kekompleksan kerajaannya. Bilangan para pembesar yang paling asas yang diwarisi sejak zaman Singapura dahulu bertambah dari semasa ke semasa supaya sesuai dengan kehendak dan kehendak sosial, politik dan ekonomi semasa. Raja Melaka yang kedua, Raja Besar Muda (Megat Iskandar Syah) disebut oleh Sejarah Melayu sebagai 'memerintah istiadat takhta kerajaan baginda'. Antara peraturan yang ditentukan oleh baginda ialah menwujudkan menteri yang bertanggungjawab menyusun istiadat di Balairung, melatih para bentara yang bertugas di Balairung dan melatih para biduanda. Tokoh yang memainkan peranan untuk melengkapkan lagi istiadat dan sistem pentadbiran ialah Raja Kecil Besar (Sultan Muhammad Syah, 1424-1444 T.M). Beliau dikatakan telah  'meagatur takhta kerajaan baginda'.Sejarah Melayu telah menerangkan dengan terperinci tentang pelbagai jenis peraturan, tanggungjawab individu di istana ,memastikan berbagai-bagai bidnag kuasa para pembesar, menentukan hak serta bidang kuasa raja Melaka, menformalkan amalan adat serta istiadat yang berhubung dengan peraturan berkerajaan dan penentuan protokol. Dua pembesar atau menteri utama yang diwujudkan pada ketika itu ialah Temenggung dan Seri Bija Diraja. Keadaan  pada masa itu memerlukan kedua-dua jawatan ini diwujudkan kerana masyarakat serta corak bandar Melaka yang semakin kompleks.Oleeh sebab keamanan Melaka perlu diberi perhatian yang wajar maka wujudlah jawatan Temenggung  untuk mengatasi keamanan disamping mangawal perjalanan urusniaga negeri. Dengan kehadiran Orang Laut sebagai tenaga utama untuk mengawal keselamatan diperairan Melaka bagi menggalakkan perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini. Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan .Jawatan yang penting ini muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini. Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan. Jawatan yang penting ini muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan dan entrepot. Hal-ehwal pelabuhan yang semakin kompleks dengan urusniaga, dan menjadi nadi kehidupan Melaka ketika itu menyebabkan Undang-undang Melaka meletakkan taraf jawatan Syahbandar ke taraf Pembesar Empat untuk melancarkan aktiviti perdagangan.

Jawatan dan institusi Laksamana pula wujud semasa pemenrintahan Sultan Mansor Syah (1456-1477). Jawatan ini pada awalnya 'ditempelkan' oleh Ratu Majapahit, kemudian diformalkan oleh Sultan Mansor Syah. Orang yang pertama menyandang jawatan ini ialah Hang Tuah. Kedudukan jawatan ini di istana adalah setara dengan Seri Bija Diraja kerana kedua-duanya memikul pedang kerajaan secara bergilir-gilir. Oleh yang demikian, tugas dan bidang kuasa Laksamana ini semakin kukuh dan berpengaruh di Melaka, taraf jawatan Seri Bija Diraja pula didapati semakin menurun.
Menurut huraian diatas jelaskan bahawa sistem pemerintahan kerajaan di Melaka merupakan warisan daripada kerajaan Srivijaya. Ia hanya mengalami sedikit perubahan dari segi susunan dan nama jawatan selepas pengasasan Parameswara.

SUMBANGAN TOKOH DI MELAKA

TOKOH
SUMBANGAN
Parameswara
·   Mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka.
·   Memajukan Melaka daripada sebuah perkampungan nelayan sehinggalah menjadi pusat perdagangan.
·   Menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara China.
Sultan Muzaffar Shah
·   Menjadikan Melaka sebagai pusat pengajian agama Islam.
·   Menggubal Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
Sultan Mansor Shah
·   Memperluas kuasa Melaka dengan menakluki Bernam, Perak, dan Siak.
Sultan Alauddin Riayat Shah
·   Mempertingkatkan keselamatan dan keamanan Melaka.
Bendahara Tun Perak
·   Menjadi bendahara semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.
·   Memastikan dasar perluasan kuasa berjaya. Buktinya beliau menguasi Pahang.
·   Menguruskan pentadbiran negara dengan bijaksana.




Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, terdapat beberapa orang tokoh yang telah menyumbang kea rah kemajuan negeri Melaka. Mari kita lihat sumbangan tokoh tersebut seperti jadual di bawah:

JAWATAN PENTADBIRAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

TUGAS
JAWATAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA PADA HARI INI
Bendahara
Ketua Pentadbir Negara
Perdana Menteri
Penghulu Bendahari
Menjaga kewangan dan mengurus perbelanjaan negeri
Menteri Kewangan
Temenggung
Menjaga keselamatan negara
Menteri Dalam Negeri
Laksamana
Menjaga perairannegara
Ketua Turus Angkatan Tentera Laut










Faktor perdagangan tersebut menyebabkan Melaka munculs ebagai sebuat pelabuhan entrepot (pusat perdagangan yang biasanya menjadi tempat menngimport dan mengeksport semula barang dagangan.



PERDAGANGAN











·         PERANAN SELAT MELAKA

Faktor utama yang menjadikan melaka sebagai pusat perdagangan di rantau 
Melayu ialah kedudukan Melaka yang srategik iaitu dikawasan perairan Selat Melaka yang mana merupakan laluan utama pedagang dari Timur ke Barat dan sebaliknya.Selat Melaka juga merupakan kawasan yang terlindung daripada tiupan angina monsoon.Hal ini menyababkan para pedagang akan singgah ke Melaka untuk berlindung daripada tiupan angin monsoon.Disamping itu mereka boleh menjalankan aktiviti perdagangan di Melaka kerana Melaka mempunyai kuasa beli yang tinggi.Perdagangan di Melaka juga 
berkembang ekoran daripada beberapa foktor lain yang disediakan oleh pemerintah untuk memudahkan para pedagangan.Contonnya perkhidmatan membaiki kapal,rumah 
tumpangan,stor barangan dagangan dan sebagainya.kebijaksanaan pemarintah telah 
menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan di Nusantara.Contohnya pemerimtah 
Melaka berjaya menjaga keamanan dan keselamatan para padagang di Melaka dengan 
menubuhkan sistem pentadbiran di pelabuhan bagi melancarkan aktiviti perdagangan di 
pelabuhan.ini sekaligus dapat menarik minat para pedagang dari luar untuk berdagang di melaka.Malah pada masa yang sama Melaka juga telah bertindak sebagai pelabuhan 
interport yang mana berfungsi sebagai pusat pertukaran barangan daganagan antara para padagang.Denagan adanya pelabuhan interport,melaka telah dikenali di seratapelosok.Hal ini,sekaligus telah menjadikan melaka terkenal sebagai pusat perdagangan pada abad ke-15 masihi dan abad ke-16 masihi.

·         HUBUNGAN DENGAN CHINA 

Selain itu,terdapat juga faktor lain yang menjadikan Melaka sebagai pusat 
perdagangan,iaitu Melaka telah menjalinkan hubungan dengan China.sebagai tanda 
persahatan,Melaka kerap menhantar rombongan melawat Negara China.Tujuannya ialah 
untuk mengeratkan lagi tali persahabatan dan juga untuk memperluaskan perdagangan 
Melaka. Contohnya pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah,baginda 
meneruskan hubungan dengan negera China bagi mematikan kepentingan perdagangan 
Melaka dapat diteruskan dan berkembang.negara China merupakan sebuah Negara yang 
luas dan sudah tentunya mempunyai pasaran dan kuasa beli yang tinggi,ini merupakan 
kesempatan bagi para pedagang Melaka untuk mendagangkan barangan dagangan mereka di China.Hal ini sudah tentu akan memberi keuntunagan kepada Melaka.Namun pada masa yang sama perhubungan dengam China juga dapat memenuhi keperluan barangan di Melaka.Dengan terjalinnya hubungan dengan Negara China , perkembangan perdagangan Melaka telah berlaku dengan pesat sehingga menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang terkenal di Alam Melayu.

·         PERANAN ORANG LAUT

Di sekitar perairan selat melaka telah didiami oleh orang laut ekonominya adalah 
berasaskan aktiviti morompak dan melanin.Mereka akan menyamun para pedagang yang 
melalui selat melaka.Hal ini akan menakutkan para padagang untuk berdagang dan 
melalui selat melaka.Kebijaksanaan pemerintah yang telah berjaya menguasai orang 
laut,sekaligus dapat menghapuskan aktiviti perlanunan di selat melaka.Orang laut 
dikatakan sungguh taat dan setia kepada Parameswara dan keturunannya sehingga 
keturunan yang terakhir di Johor pada 1699. Orang-orang laut telah diberikan pangkat 
dalam istana oleh sultan supaya dapat menjamin keselamatan perairan selat melaka.pada masa yang sama orang juga telah dijadikan angkatan tentera laut bagi megawasi perairan selat melaka.Dengan kemahiran yang sedia ada,orang laut dapat mengawal perairan selat melaka dengan mudah.Contohnya mereka dapat mengalahkan musuh dengan mudah kerana mereka mempunyai kemahiran dalam mengendalikan kapal,mambaca tiupan angin,dan sebagainya.Ekoran daripada kejayaan menguasai orang laut,Melaka dapat menarik minat para pedagang dari luar kerana terdapat jaminan keselamatan yang telah disediakan.



 Pengaruh Islam dalam bidang pendidikan
·         Agama dan ilmu pengetahuan merupakan dua angkubah yang saling berkait dan pengaruh mempengaruhi, boleh diibaratkan sebagai roh dengan jasad bagi sesuatu badan. Tidak bergerak jasad tanpa roh begitu juga tidak berfungsi roh tanpa jasad. Tidak sempurna iman seseorang tanpa ilmu pengetahuan begitu juga tidak berperanan ilmu secara hakikinya tanpa iman.

·          Di Melaka, sultannya yang pertama, Megat Iskandar Shah 1414 Masihi hingga sultan-sultan yang akhir sebelum tahun 1511 Masihi begitu mengambil berat tentang perkembangan pelajaran dan pendidikan Islam.

·          Bukan sahaja rumah-rumah, masjid dan surau berperanan sebagai pusat pengajian Islam bahkan juga istana-istana sultan. Fungsi istana selain dari tempat belajar dan bermuzakarah ianya berperanan sebagai perpustakaan, tempat penterjemahan dan penyalinan buku-buku.

·          Rakyat digalakkan belajar di mana-mana sahaja pusat pengajian ketika itu dengan memberi penekanan intensif terhadap pengajian al-Quran dan asas agama.

·          Hasil dari kegiatan pengajian Islam yang dipelopori dan diawasi oleh sultan-sultan bukan sahaja dapat menghapuskan buta huruf bahkan dapat melahirkan tokoh-tokoh agama dari kalangan tempatan. Dikatakan Raja Alauddin Riayat Shah (1477 - 1488 Masihi) sendiri adalah seorang ulama.

·          Pengajian Islam di Melaka sudah sampai ke tahap yang tinggi dan ianya bukan menjadi peringkat pengajian yang semata-mata diletak ke bahu rakyat bahkan golongan raja-raja dan pembesar sama-sama terlibat. Berpunca dari kemajuan ilmu pengetahuan itulah menjadikan Melaka begitu kuat berpegang dengan ajaran Islam di samping menjadi pusat penyibaran Islam yang terpenting di Asia Tenggara ketika itu.

·         Agama Islam menyebabkan lahir satu pendidikan yang teratur dan sistematik. Pendidikan agama yang diajar di masjid dan surau dikembangkan menjadi pendidikan yang lebih praktikal, yang dikenali sebagai sekolah pondok. Sistem pendidikan pondok menjadi asas kepada masyarakat di Nusantara untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dalam pendidikan Islam.

·          Dengan kejatuhan Melaka pada tahun 1511 Masihi, Acheh mengambilalih menjadi pusat pengajian Islam yang dinamis di rantau ini. Kemajuan dan perkembangan pelajaran dan pendidikan di Acheh merupakan satu kesinambungan yang diasaskan oleh kerajaan Perlak dan Pasai sebelumnya. Para ulama dipandang tinggi sehingga seseorang ulama boleh memangku jawatan sultan bila ia mangkat sebelum dilantiknya sultan yang baru. Kedudukan ilmu pengetahuan begitu penting di Acheh, di mana ia dijadikan syarat bagi seseorang calon untuk memegang sesuatu jawatan dalam kerajaan. Selepas zaman kegemilangan Acheh, pelajaran dan pendidikan Islam tersibar melalui pusat-pusat pengajian di Jawa, Riau, Banjar, Patani, Kedah, Kelantan dan sebagainya.





 Bahasa Dan Kesusasteraan





Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam bermula abad ke-14 Masihi dan
berkembang sehingga akhir abad ke-18 Masihi. Pada awal abad ke-14 kedudukan
Agama Islam semakin teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara.
Bukti keteguhan kedudukan Agama Islam di daerah ini dapat dilihat daripada kewujudan
penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang Melayu ketika itu. Pada era kerajaan Melayu
Melaka (1400-1511M) misalnya, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca bagi
lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahap
perkembangan bahasa Melayu daripada bahasa Melayu klasik kepada bahasa yang
mempunyai nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua zaman iaitu zaman peralihan
(abad ke-19M) dan zaman moden (abad ke-20M) (Mahayudin Hj. Yahya, 1998: 91).
Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah kedatangan Islam. Dari segi bahasa
perubahan besar berlaku apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab
kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubahsuai
dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui sistem tulisan ini bahasa Melayu dapat
memainkan peranan lebih penting apabila digunakan untuk menulis kitab-kitab agama,
hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran.
Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar persuratan dan juga sebagai alat
penyebaran dan penyampaian Agama Islam di seluruh Alam Melayu. Tulisan jawi telah
digunakan oleh bahasa Melayu semasa permulaan kedatangan Islam. Antara factor
yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar penyebaran, penyampaian
persuratan Islam di Alam Melayu ialah sifat dalaman bahasa Melayu dan juga peranan
yang dimainkan oleh wilayah dan daerah Melayu di Sumatera dan di Semenanjung
Tanah Melayu dalam penyebaran Agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Agama Islam telah menaikkan
taraf, kecekapan dan kewibawaannya. Antara sumbangan terbesar Islam kepada
masyarakat di Alam Melayu adalah pengaruhnya terhadap perkembangan bahasa
Melayu. Sebagai bahasa komunikasi di Tanah Melayu, bahasa Melayu merupakan
aspek terawal menerima pengaruh Islam. Pemindahan ilmu berupa ajaran Islam
daripada al-Quran dan al-Hadith yang kedua-duanya dalam bahasa Arab berlaku dalam
gerakan dakwah secara langsung yang dijalankan oleh pendakwah-pendakwah dari
negara Arab, India dan China.
Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu telah menyebabkan
berlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di Alam Melayu. Kedatangan Islam
mengangkat martabat bahasa Melayu ke arah mengungkapkan sesuatu yang bersifat
ilmiah dan saintifik sehingga mencapai taraf lingua franca yang digunakan secara
meluas di Alam Melayu. Terdapat penggunaan kata dari bahasa Arab yang dipinjam dan
digunapakai dalam bahasa Melayu.
Kedatangan Agama Islam juga telah membawa perubahan yang besar terhadap warisan
kesusasteraan Melayu. Banyak hasil kesusasteraan Melayu ditulis seperti Hikayat Nabi
Muhammad S.A.W Hikayat Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para Sahabat, Hikayat Para
Pahlawan Islam dan Hikayat Ahli-ahli Sufi dan Orang-orang Yang Salih. Manakala puisi
terkenal yang dipengaruhi oleh sastera Islam contohnya ialah Syair Perahu, Syair
Burung Pingai oleh Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri.
Melalui tulisan jawi agarna Islam telah dapat diperkembangkan. Bahasa dan
kesusasteraan Melayu juga berkembang melalui tulisan jawi. Dalam pada itu bahasa
Melayu itu telah diperkayakan dengan kata-kata pinjaman serta istilah daripada bahasa
Arab. Perkembangan ini dapat dilihat bukan sahaja dalarn kitab serta karya sastera
semasa pada zaman selepas itu, malah buku-buku Sejarah juga mempunyai tajuk asal
dalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-Salatin dan lainlain
lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992: 28).
Kedatangan Islam ke Alam Melayu selain membawa perubahan dari sudut akidah, ia
juga membawa perubahan dari sudut kesusasteraan. Kesusasteraan Melayu bukan
sahaja mengalami perubahan dari aspek pendokumentasian, malah turut mengalami
perubahan dari aspek tema, bentuk, genre malah matlamat sastera itu sendiri. Para
sasterawan menghasilkan karya-karya yang sangat luas bidangnya bukan sahaja
bercorak fiksyen, tetapi turut meliputi cabang-cabang ilmu fekah, ilmu tasawwut ilmu
kalam, falsafah dan sebagainya (Ismail, 1985 : 101). Pelbagai hasil kesusasteraan
telah dipengaruhi oleh ajaran Islam yang bertemakan sejarah Islam atau ajaran Islam itu
sendiri. Antara contoh sastera prasa ialah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan
Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Mikraj.

PENGAJARAN

Politik
1. Negara Malaysia hendaklah menjalankan hubungan diplomatik bersama negara-negara lain untuk mengukuhkan kestabilan politik negara.
- hubungan China-Melaka. 
2. Pemerintah hendaklah merancang penubuhan kerajaan yang strategik dan teratur agar kerajaan yang dibina kekal lama.
3.Pegawai-pegawai kerajaan perlulah bekerja dengan bijak dan jujur dalam pemerintahan agar tiada persengketaan antara rakyat dan pembesar.
4. Rakyat hendaklah bersatu padu dalam mewujudkan suasana harmoni dan memberi sokongan padu kepada pembesar pemerintah negara.
5 Ahli-ahli politik haruslah sedar tentang kepentingan menubuhkan sebuah kuasa politik yang jujur dan sentiasa menjaga amanah yang diberikan dengan sempurna. 
-pembesar-pembesarnya tidak cekap dalam pentadbiran dan mengamalkan rasuah

6. Elakkan sikap berpuak-puak dalam menjalankan pentadbiran negara serta fitnah melampau seperti zaman Kesultanan Melayu Melaka yang menjerumus kepada kejatuhan sesebuah kerajaan.
-Perpecahan dikalangan pembesar Melaka 
-Berlaku perebutan pengaruh antara pembesar
Politik
1. Negara Malaysia hendaklah menjalankan hubungan diplomatik bersama negara-negara lain untuk mengukuhkan kestabilan politik negara.

- hubungan China-Melaka. 
3. Pemerintah hendaklah merancang penubuhan kerajaan yang strategik dan teratur agar kerajaan yang dibina kekal lama.

4. Pegawai-pegawai kerajaan perlulah bekerja dengan bijak dan jujur dalam pemerintahan agar tiada persengketaan antara rakyat dan pembesar.
5. Rakyat hendaklah bersatu padu dalam mewujudkan suasana harmoni dan memberi sokongan padu kepada pembesar pemerintah negara.

6. Ahli-ahli politik haruslah sedar tentang kepentingan menubuhkan sebuah kuasa politik yang jujur dan sentiasa menjaga amanah yang diberikan dengan sempurna. 
-pembesar-pembesarnya tidak cekap dalam pentadbiran dan mengamalkan rasuah
7. Elakkan sikap berpuak-puak dalam menjalankan pentadbiran negara serta fitnah melampau seperti zaman Kesultanan Melayu Melaka yang menjerumus kepada kejatuhan sesebuah kerajaan.

-Perpecahan dikalangan pembesar Melaka 
-Berlaku perebutan pengaruh antara pembesar
Ekonomi
1. Ekonomi negara perlulah dibangunkan dengan bijak seperti membina institusi-institusi ekonomi sebagaimana pusat perdagangan yang dibina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
2. Bangsa Melayu perlulah bersatu dengan sentiasa bantu-membantu antara satu sama lain dalam pelbagai aspek. 
-sistem Adat Pepatih
3. Kita perlulah memperbaiki setiap kelemahan dengan menanam nilai-nilai murni dalam diri masyarakat melayu.
- Sebab kejatuhan kerajaan melayu Melaka. 
-Penyebaran agama Kristian, 
-Kelemahan askar Melaka, 
-ketamakkan pembesar, 
-perpecahan dikalangan masyarakat

4. Kita hendaklah mencontohi sikap kepimpinan para pemimpin Melaka seperti Sultan Muzaffar Shah, Tun Perak dan Bendahara Tun Ali dan banyak lagi untuk mencapai kejayaan sesebuah negara.

5. Kita hendaklah sentiasa berhati hati dalam menjalinkan hubungan dengan kerajaan luar yang mempunyai niat jahat terhadap Negara kita.

6. Kita hendaklah mengekalkan penggunaan Bahasa Melayu yang digunakan pada Zaman Kegemilangan Melayu Melaka sebagai bahasa penghantar.
-Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca
- peningkatan dari segi peralatan perang.

7. Kita perlulah meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur-infrastruktur yang sedia ada untuk mewujudkan perubahan demi keselesaan rakyat seperti masjid, madrasah, surau dan lain-lain..

8. Janganlah berlaku sebarang perbalahan politik di dalam sesebuah negara kerana ia akan meruntuhkan sesebuah institusi.
• Wujud konflik perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir.
• Kejadian Raja Mendeliar yang memfitnah Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan Sultan Mahmud Syah.


RUMUSAN/CADANGAN

Kesimpulannya, kesan dari kegemilangan Melaka saya dapat simpulkan iaitu dari segi politik, ekonomi dan pendidikan.

Sultan Muhammad Shah adalah sultan yang pertama menggunakan gelaran "sultan" bagi menggantikan gelaran 'seri' yang berunsur agama Hindu. Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, corak pemerintahan dan kepimpinan Islam telah diamalkan. Baginda dianggap mencontohi kepimpinan Khalifah Omar Al Khatab iaitu dengan menyamar diri pada waktu malam untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan mennagkap pencuri.Melaka juga telah mengadakan hubungan diplomatik lebih luas bukan sahaja dengan negeri di kepulauan Melayu, China, Kepulauan Ryukyu di Jepun tetapi Melaka juga telah menerima utusan dan hadiah dari Raja Aden, Ormus, Cambang dan Bengal. Melaka juga menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran serta undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang adil, bermuafakat bermusyawarah dan persamaan taraf. Hukum-hukum adalah berkaitan dengan membunuh, berzina dan meminum arak
Dari segi ekonomi pula, Melaka telah menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal di dunia pada abad ke 15. Banyak barang-barang yang berkaitan dengan Islam dibawa masuk seperti kitab-kitab agama, minyak wangi, permaidani, pakaian dan sebagainya. Melaka juga menjalankan konsep jual beli secara Islam seperti dalam soal timbangan sukatan, konsep zakat, fitrah, wakal, sedekah.

Kesan dari segi sosial pula, pada abad ke-15, Melaka menjadi pusat pengajian dan perkembangan agama Islam yang terpenting. Banyak perkataan Arab seperti ilmu, faedah, fardhu, sedekah, hikmat dan lain-lain lagi memperkayakan khazanah bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua Franca.







RUJUKAN
https://www.youtube.com/watch?v=tGE68-NpC_g

http://sejarahmelakabukuteks.blogspot.com/2012/06/kegemilangan-melaka.html

BUKU
            
     
BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 1:Ahamad Fawzi Bin Mohd.Basri , Fo'ad Bin Sakdan , Azami Bin Man-tahun2009
 Image result for buku teks sejarah tingkatan 5


BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 5 : Ramlah Adam, Shakila Parween Yaacob, Abdul Hakim Samuri, Muslimin Fadzil-tahun 2010



Image result for pengajian malaysia
PENGAJIAN MALAYSIA : NORMURNI MOHAMMAD
                                           ROZANA FATIN ABDULLAH @ RAZALI
                                           MOHAMAD FAIZAL BIN AHMAT