Pengenalan Kesultanan Melayu Melaka
Tema ini mengisahkan kemunculan Kesultanan Melayu Melaka
sebagai sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15
hingga awal abad ke-16. Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka
telah membina satu tradisi budaya, politik dan ekonomi yang kekal diwarisi
hingga masa kini.
Kegemilangan dan kemakmuran Melaka telah menarik Portugis
untuk datang dan seterusnya menguasai Melaka. Kejatuhan Melaka ke tangan
Portugis pada tahun 1511 memaksa waris Kesultanan Melaka berpindah ke Johor dan
bermula dari situlah mereka meneruskan perjuangan hendak menegakkan semula
kedaulatan Melaka.
Sebagai latar belakang kepada Kesultanan Melayu Melaka, kami
akan cuba menyentuh beberapa perkara berkaitan kegemilangan Negeri Melaka
antaranya:
- Kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka dari sudut politik
- Kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka dari sudut ekonomi
- Kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka dari sudt pendidikan
PENGASAS MELAKA
Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah Kesultanan
Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia . Kesultanan Melayu Melaka merupakan
warisan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang , Sumatera Tenggara .
Srivijaya merupakan sebuah Kerajaan Maritim dan mengendalikan perdagangan .
Dari segi agama , kerajaan ini merupakan pusat anutan dan penyebaran agama
Hindu-Budha serta pengajuian Sanskrit . Pada tahun 1391 , kerajaan Srivijaya
telah diserang oleh Raja Majapahit Putera Palembang pada masa itu adalah Parameswara
. Parameswara dan pengikut setianya berlindung di Temasik setelah diserang oleh
Raja Majapahit . Beliau (Parameswara) bukan seorang yang “keji” atau “tikam
belakang” tetapi disebabkan Temasik pada masa itu di bawah jajahan Siam . Oleh
itu , satu-satunya jalan untuk menuntut semula Temasik ialah dengan membunuh
Temagi dan menguasai Temasik yang pernah menjadi tanah jajahan
Palembang terdahulu . Parameswara melakukan semua ini kerana beliau mendapati
Temasik berpotensi untuk menjadi pelabuhan entrepot atau kawasan perdagangan
utama di Asia Tenggara . Temasik berkriteria yang strategik . Pada waktu itu ,
Temasik telah pun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah Kerajaan
Ayudhya , Siam . Namun pada tahun 1398 , Ayudhnya telah membuat serangan balas
ke atas Temasik . Parameswara dan para pengikutnya mengundur diri dan bertapak
di Muar dan akhirnya di Melaka.
SIAPAKAH PARAMESWARA ?
Parameswara (परमेश्वर) adalah sebuah nama yang berasal dari bahasa Sansekerta.
Parama berarti “paling berkuasa”, dan Iswara berarti “raja”. Parameswara juga
merupakan nama lain untuk Siwa, salah satu dewa utama dalam agama Hindu .
Parameswara (1344-1414 ) merupakan seorang Raja
Temasek yang berketurunan diraja Srivijaya yang menubuhkan kerajaan Melaka pada
1402. Apabila memeluk Islam Raja Iskandar Shah merupakan nama Islam Parameswara
walaupun sekarang ini ada sejarawan yang mempertikaikan kesahihan pernyataan
ini. Baginda memeluk agama Islam apabila berkahwin dengan Puteri Ratna anak
Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk
Islam dalam tahun 1414.
Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang
dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari
keturunan Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bentan
bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura
lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura
oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi
bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri
Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan
kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bentan dan Temasek. Terdapat tiga orang
lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri
Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399)
dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401).
Menurut "Suma Oriental", Parameswara
ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi.
Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan
dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani").
BAGAIMANA MELAKA MENDAPAT NAMA ?
Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu
tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga
jatuh ke sungai . Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas
berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri .
Baginda memberi nama Melaka iaitu bersempena yang bernama “Melaka” .
Terdapat juga beberapa pandangan lain yang mengatakan
bahawa nama Melaka berasal daripada istilah Bahasa Arab , iaitu Malaqat yang
bermaksud “tempat perlindungan” sebagai simbolik kepada tapak perlindungan
Parameswara dan para pengikutnya .
Pokok Melaka
SUSUN LAPIS PEMERINTAHAN MELAKA
Sistem pentadbiran di Melaka mempunyai susun lapisan
pemerintahan mengikut heiraki pemerintahan yang mana tergolong daripada
golongan yang pemeritah dan golongan yang diperintah.
Golongan pemerintah tergolong daripada Raja atau Sultan,
kerabat diraja dan para pembesar, manakala golongan daripada golongan yang
diperintah pula terdiri daripada artisan, para pedagagan ,rakyat biasa dan
hamba. Kestabilan politik melaka pada peringkat awal dikatakan bermula daripada
kebijaksanaan pemerintahnya iaitu Parmeswara yang bijak memerintah dna
mentadbir politik Melaka. Hal ini kerana Parameswara mempunyai pengalaman
berpolitik dan mentadbir ,iaitu pengalaman semasa menjadi Raja di Palembang dan
Singapura yang membolehkan Parameswara merancang skema untuk memajukan Melaka.
Dalam mengawal dan menstabilkan politik, Sultan memainkan
peranan yang terpenting. Sultan menduduki heiraki teratas yang berkuasa mutlak,
hal ini dapat dilihat kerana Sultan mempunyai kuasa dalam semua perkara.
Contohnya, Sultan berhak menjatuhkan apa sahaja hukuman terhadap pesalah dan penderhaka.
Pelantikan Sultan adalah berdasarkan keturunan iaitu dimana putera sulung akan
menggantikan Sultan Karisma dan daya kepimpinan Parameswara tentu tidak bererti
jika tanpa para pembesar. Premis kewibawaan politik dan kepimpinan yang
dimiliki oleh Parameswara disokong pula oleh para pembesar dan menterinya.
Sejarah Melayu dengan jelas mengatakan bahawa semasa memerintah Singapura,
Parameswara dibantu oleh para pembesarnya sebagai jentera pemerintah bagi
menjalankan dasar kejayaanya. Secara umum, hierarki para pembesar ini adalah
seperti berikut:
PEMBESAR UTAMA
Bendahara
· * Sebagai bapa mentua raja.
· *( Menteri utama yang menyamai
peranan Perdana Menteri sekarang.
· *Bertindak sebagai penasihat
kanan raja .
· *Berketurunan raja dan
mempunyai pertalian rapat dengan raja.
· * Pemangku raja semasa
ketiadaan raja .
· *Bertindak sebagai ketua
hakim sekiranya raja tidak.
· *Pemilih dan pelantik raja.
· *
Menguruskan soal
pentadbiran negeri dan jajahannya.
· *Orang kedua terpenting
dalam angkatan tentera selapas raja.
Penghulu Bendari
· *Mengawal pembendahara
negara.
· *Bertanggungjawab memugut
cukai dan hasil negara.
· *Menyimpan daftar hamba
raja.
· *Ketua semua syahbandar.
· * Bertanggungjawab soal adat
istiadat dan sagara hal ehwal berkaitan dengan istana.
Temenggung
· * Pelaksana atau ketua
undang-undang, peraturan negeri dan keselamatan.
· * Digelar juga sebagai Ketua
Polis Negara
· * Pendakwa raya sekiranya
berlaku kesalahan individu yang berbukti.
· * Ketua protokol dalam soal
adat istiadat.
Laksamana
· * Pahlawan dalam peperangan,
terutama di laut.
· * Digelar 'raja di laut'.
· * Mengetuai semua pahlawan
kerajaan.
· * Memikul pedang kerajaan
dalam upacara rasmi.
· * Diplomat dan membawa utusan
kerajaan.
· * Pengawal peribadi diraja.
Seperti yang telah disebutkan lebih awal, pembesar-pembesar
utama ini dibantu oleh pembesar-pembesar seperti bentara, sida-sida dan para
Biduanda. Kemuncak sistem berkerajaan ini ialah raja. Baginda digelar Raja atau
Duli Yang Dipertuan.Gelaran Sultan mula digunakan apabila Seri Maharaja menjadi
Raja Melaka yang ketiga dengan gelaran Sultan Muhammad Syah. Baginda
dikelilingi oleh kerabatnya sendiri yang termasuk keluarganya, seorang
Bendahara dan penghulu Bendahari terawal yang merupakan adinda raja kerabat
yang terhampir . Tome Pires melaporkan bahawa ketika Parameswara
berangkat dari Muar ke Melaka, baginda pernah berkata ,"...with my
wife and house."Sistem Pentadbiran Melaka semakin berkembang dan
bersistematik selaras dengan perkembangan dan kekompleksan kerajaannya.
Bilangan para pembesar yang paling asas yang diwarisi sejak zaman Singapura
dahulu bertambah dari semasa ke semasa supaya sesuai dengan kehendak dan
kehendak sosial, politik dan ekonomi semasa. Raja Melaka yang kedua, Raja Besar
Muda (Megat Iskandar Syah) disebut oleh Sejarah Melayu sebagai 'memerintah
istiadat takhta kerajaan baginda'. Antara peraturan yang ditentukan oleh
baginda ialah menwujudkan menteri yang bertanggungjawab menyusun istiadat di
Balairung, melatih para bentara yang bertugas di Balairung dan melatih para
biduanda. Tokoh yang memainkan peranan untuk melengkapkan lagi istiadat dan
sistem pentadbiran ialah Raja Kecil Besar (Sultan Muhammad Syah, 1424-1444
T.M). Beliau dikatakan telah 'meagatur takhta kerajaan baginda'.Sejarah
Melayu telah menerangkan dengan terperinci tentang pelbagai jenis peraturan,
tanggungjawab individu di istana ,memastikan berbagai-bagai bidnag kuasa para
pembesar, menentukan hak serta bidang kuasa raja Melaka, menformalkan amalan
adat serta istiadat yang berhubung dengan peraturan berkerajaan dan penentuan
protokol. Dua pembesar atau menteri utama yang diwujudkan pada ketika itu ialah
Temenggung dan Seri Bija Diraja. Keadaan pada masa itu memerlukan
kedua-dua jawatan ini diwujudkan kerana masyarakat serta corak bandar Melaka
yang semakin kompleks.Oleeh sebab keamanan Melaka perlu diberi perhatian yang
wajar maka wujudlah jawatan Temenggung untuk mengatasi keamanan disamping
mangawal perjalanan urusniaga negeri. Dengan kehadiran Orang Laut sebagai
tenaga utama untuk mengawal keselamatan diperairan Melaka bagi menggalakkan
perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan
hulubalang di darat dan di laut ini. Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk
ditentukan .Jawatan yang penting ini muncul selari dengan kemunculan Melaka
sebagai pelabuhan perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bija Diraja
sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini. Kewujudan jawatan
Syahbandar sukar untuk ditentukan. Jawatan yang penting ini muncul selari
dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan dan entrepot. Hal-ehwal
pelabuhan yang semakin kompleks dengan urusniaga, dan menjadi nadi kehidupan
Melaka ketika itu menyebabkan Undang-undang Melaka meletakkan taraf jawatan
Syahbandar ke taraf Pembesar Empat untuk melancarkan aktiviti perdagangan.
Jawatan dan institusi Laksamana pula wujud semasa
pemenrintahan Sultan Mansor Syah (1456-1477). Jawatan ini pada awalnya
'ditempelkan' oleh Ratu Majapahit, kemudian diformalkan oleh Sultan Mansor
Syah. Orang yang pertama menyandang jawatan ini ialah Hang Tuah. Kedudukan jawatan
ini di istana adalah setara dengan Seri Bija Diraja kerana kedua-duanya memikul
pedang kerajaan secara bergilir-gilir. Oleh yang demikian, tugas dan bidang
kuasa Laksamana ini semakin kukuh dan berpengaruh di Melaka, taraf jawatan Seri
Bija Diraja pula didapati semakin menurun.
Menurut huraian diatas jelaskan bahawa sistem pemerintahan
kerajaan di Melaka merupakan warisan daripada kerajaan Srivijaya. Ia hanya
mengalami sedikit perubahan dari segi susunan dan nama jawatan selepas
pengasasan Parameswara.
SUMBANGAN TOKOH DI MELAKA
TOKOH
|
SUMBANGAN
|
Parameswara
|
· Mengasaskan
Kesultanan Melayu Melaka.
· Memajukan
Melaka daripada sebuah perkampungan nelayan sehinggalah menjadi pusat
perdagangan.
· Menjalinkan
hubungan diplomatik dengan negara China.
|
Sultan
Muzaffar Shah
|
· Menjadikan
Melaka sebagai pusat pengajian agama Islam.
· Menggubal
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
|
Sultan
Mansor Shah
|
· Memperluas
kuasa Melaka dengan menakluki Bernam, Perak, dan Siak.
|
Sultan
Alauddin Riayat Shah
|
· Mempertingkatkan
keselamatan dan keamanan Melaka.
|
Bendahara
Tun Perak
|
· Menjadi
bendahara semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.
· Memastikan
dasar perluasan kuasa berjaya. Buktinya beliau menguasi Pahang.
· Menguruskan
pentadbiran negara dengan bijaksana.
|
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, terdapat beberapa orang
tokoh yang telah menyumbang kea rah kemajuan negeri Melaka. Mari kita lihat
sumbangan tokoh tersebut seperti jadual di bawah:
JAWATAN
PENTADBIRAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
|
TUGAS
|
JAWATAN
PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA PADA HARI INI
|
Bendahara
|
Ketua
Pentadbir Negara
|
Perdana
Menteri
|
Penghulu
Bendahari
|
Menjaga
kewangan dan mengurus perbelanjaan negeri
|
Menteri
Kewangan
|
Temenggung
|
Menjaga
keselamatan negara
|
Menteri
Dalam Negeri
|
Laksamana
|
Menjaga
perairannegara
|
Ketua
Turus Angkatan Tentera Laut
|
Faktor perdagangan tersebut menyebabkan Melaka munculs
ebagai sebuat pelabuhan entrepot (pusat perdagangan yang
biasanya menjadi tempat menngimport dan mengeksport semula barang dagangan.
PERDAGANGAN
·
PERANAN SELAT MELAKA
Faktor utama yang menjadikan melaka sebagai pusat
perdagangan di rantau
Melayu ialah kedudukan Melaka yang srategik iaitu dikawasan
perairan Selat Melaka yang mana merupakan laluan utama pedagang dari Timur ke
Barat dan sebaliknya.Selat Melaka juga merupakan kawasan yang terlindung
daripada tiupan angina monsoon.Hal ini menyababkan para pedagang akan singgah
ke Melaka untuk berlindung daripada tiupan angin monsoon.Disamping itu mereka
boleh menjalankan aktiviti perdagangan di Melaka kerana Melaka mempunyai kuasa
beli yang tinggi.Perdagangan di Melaka juga
berkembang ekoran daripada beberapa foktor lain yang
disediakan oleh pemerintah untuk memudahkan para pedagangan.Contonnya
perkhidmatan membaiki kapal,rumah
tumpangan,stor barangan dagangan dan
sebagainya.kebijaksanaan pemarintah telah
menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan di
Nusantara.Contohnya pemerimtah
Melaka berjaya menjaga keamanan dan keselamatan para
padagang di Melaka dengan
menubuhkan sistem pentadbiran di pelabuhan bagi melancarkan
aktiviti perdagangan di
pelabuhan.ini sekaligus dapat menarik minat para pedagang
dari luar untuk berdagang di melaka.Malah pada masa yang sama Melaka juga telah
bertindak sebagai pelabuhan
interport yang mana berfungsi sebagai pusat pertukaran
barangan daganagan antara para padagang.Denagan adanya pelabuhan
interport,melaka telah dikenali di seratapelosok.Hal ini,sekaligus telah
menjadikan melaka terkenal sebagai pusat perdagangan pada abad ke-15 masihi dan
abad ke-16 masihi.
·
HUBUNGAN DENGAN CHINA
Selain itu,terdapat juga faktor lain yang menjadikan Melaka
sebagai pusat
perdagangan,iaitu Melaka telah menjalinkan hubungan dengan
China.sebagai tanda
persahatan,Melaka kerap menhantar rombongan melawat Negara
China.Tujuannya ialah
untuk mengeratkan lagi tali persahabatan dan juga untuk
memperluaskan perdagangan
Melaka. Contohnya pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad
Syah,baginda
meneruskan hubungan dengan negera China bagi mematikan
kepentingan perdagangan
Melaka dapat diteruskan dan berkembang.negara China
merupakan sebuah Negara yang
luas dan sudah tentunya mempunyai pasaran dan kuasa beli
yang tinggi,ini merupakan
kesempatan bagi para pedagang Melaka untuk mendagangkan
barangan dagangan mereka di China.Hal ini sudah tentu akan memberi keuntunagan
kepada Melaka.Namun pada masa yang sama perhubungan dengam China juga dapat
memenuhi keperluan barangan di Melaka.Dengan terjalinnya hubungan dengan Negara
China , perkembangan perdagangan Melaka telah berlaku dengan pesat sehingga
menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang terkenal di Alam Melayu.
·
PERANAN ORANG LAUT
Di sekitar perairan selat melaka telah didiami oleh orang
laut ekonominya adalah
berasaskan aktiviti morompak dan melanin.Mereka akan
menyamun para pedagang yang
melalui selat melaka.Hal ini akan menakutkan para padagang
untuk berdagang dan
melalui selat melaka.Kebijaksanaan pemerintah yang telah
berjaya menguasai orang
laut,sekaligus dapat menghapuskan aktiviti perlanunan di
selat melaka.Orang laut
dikatakan sungguh taat dan setia kepada Parameswara dan
keturunannya sehingga
keturunan yang terakhir di Johor pada 1699. Orang-orang laut
telah diberikan pangkat
dalam istana oleh sultan supaya dapat menjamin keselamatan
perairan selat melaka.pada masa yang sama orang juga telah dijadikan angkatan
tentera laut bagi megawasi perairan selat melaka.Dengan kemahiran yang sedia
ada,orang laut dapat mengawal perairan selat melaka dengan mudah.Contohnya
mereka dapat mengalahkan musuh dengan mudah kerana mereka mempunyai kemahiran
dalam mengendalikan kapal,mambaca tiupan angin,dan sebagainya.Ekoran daripada kejayaan
menguasai orang laut,Melaka dapat menarik minat para pedagang dari luar kerana
terdapat jaminan keselamatan yang telah disediakan.
Pengaruh Islam dalam bidang pendidikan
·
Agama dan ilmu pengetahuan
merupakan dua angkubah yang saling berkait dan pengaruh mempengaruhi, boleh
diibaratkan sebagai roh dengan jasad bagi sesuatu badan. Tidak bergerak jasad
tanpa roh begitu juga tidak berfungsi roh tanpa jasad. Tidak sempurna iman
seseorang tanpa ilmu pengetahuan begitu juga tidak berperanan ilmu secara
hakikinya tanpa iman.
·
Di Melaka, sultannya
yang pertama, Megat Iskandar Shah 1414 Masihi hingga sultan-sultan yang akhir
sebelum tahun 1511 Masihi begitu mengambil berat tentang perkembangan pelajaran
dan pendidikan Islam.
·
Bukan sahaja
rumah-rumah, masjid dan surau berperanan sebagai pusat pengajian Islam bahkan
juga istana-istana sultan. Fungsi istana selain dari tempat belajar dan
bermuzakarah ianya berperanan sebagai perpustakaan, tempat penterjemahan dan
penyalinan buku-buku.
·
Rakyat digalakkan
belajar di mana-mana sahaja pusat pengajian ketika itu dengan memberi penekanan
intensif terhadap pengajian al-Quran dan asas agama.
·
Hasil dari kegiatan
pengajian Islam yang dipelopori dan diawasi oleh sultan-sultan bukan sahaja
dapat menghapuskan buta huruf bahkan dapat melahirkan tokoh-tokoh agama dari
kalangan tempatan. Dikatakan Raja Alauddin Riayat Shah (1477 - 1488 Masihi)
sendiri adalah seorang ulama.
·
Pengajian Islam di
Melaka sudah sampai ke tahap yang tinggi dan ianya bukan menjadi peringkat
pengajian yang semata-mata diletak ke bahu rakyat bahkan golongan raja-raja dan
pembesar sama-sama terlibat. Berpunca dari kemajuan ilmu pengetahuan itulah
menjadikan Melaka begitu kuat berpegang dengan ajaran Islam di samping menjadi
pusat penyibaran Islam yang terpenting di Asia Tenggara ketika itu.
·
Agama Islam menyebabkan
lahir satu pendidikan yang teratur dan sistematik. Pendidikan agama yang diajar
di masjid dan surau dikembangkan menjadi pendidikan yang lebih praktikal, yang
dikenali sebagai sekolah pondok. Sistem pendidikan pondok menjadi asas kepada
masyarakat di Nusantara untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dalam
pendidikan Islam.
·
Dengan kejatuhan
Melaka pada tahun 1511 Masihi, Acheh mengambilalih menjadi pusat pengajian
Islam yang dinamis di rantau ini. Kemajuan dan perkembangan pelajaran dan
pendidikan di Acheh merupakan satu kesinambungan yang diasaskan oleh kerajaan
Perlak dan Pasai sebelumnya. Para ulama dipandang tinggi sehingga seseorang
ulama boleh memangku jawatan sultan bila ia mangkat sebelum dilantiknya sultan
yang baru. Kedudukan ilmu pengetahuan begitu penting di Acheh, di mana ia
dijadikan syarat bagi seseorang calon untuk memegang sesuatu jawatan dalam
kerajaan. Selepas zaman kegemilangan Acheh, pelajaran dan pendidikan Islam
tersibar melalui pusat-pusat pengajian di Jawa, Riau, Banjar, Patani, Kedah,
Kelantan dan sebagainya.
Bahasa Dan Kesusasteraan
Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam bermula
abad ke-14 Masihi dan
berkembang sehingga akhir abad ke-18 Masihi. Pada awal abad
ke-14 kedudukan
Agama Islam semakin teguh dan penyebarannya semakin meluas
di Asia Tenggara.
Bukti keteguhan kedudukan Agama Islam di daerah ini dapat
dilihat daripada kewujudan
penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang Melayu ketika itu.
Pada era kerajaan Melayu
Melaka (1400-1511M) misalnya, bahasa Melayu menjadi bahasa
lingua franca bagi
lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat
Melaka ketika itu. Tahap
perkembangan bahasa Melayu daripada bahasa Melayu klasik
kepada bahasa yang
mempunyai nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua zaman
iaitu zaman peralihan
(abad ke-19M) dan zaman moden (abad ke-20M) (Mahayudin Hj.
Yahya, 1998: 91).
Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah kedatangan Islam.
Dari segi bahasa
perubahan besar berlaku apabila masyarakat Melayu
menyesuaikan perkataan Arab
kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah
tulisan Arab diubahsuai
dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui sistem tulisan
ini bahasa Melayu dapat
memainkan peranan lebih penting apabila digunakan untuk
menulis kitab-kitab agama,
hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran.
Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar
persuratan dan juga sebagai alat
penyebaran dan penyampaian Agama Islam di seluruh Alam
Melayu. Tulisan jawi telah
digunakan oleh bahasa Melayu semasa permulaan kedatangan
Islam. Antara factor
yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
penyebaran, penyampaian
persuratan Islam di Alam Melayu ialah sifat dalaman bahasa
Melayu dan juga peranan
yang dimainkan oleh wilayah dan daerah Melayu di Sumatera
dan di Semenanjung
Tanah Melayu dalam penyebaran Agama Islam ke seluruh
kepulauan Melayu.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Agama
Islam telah menaikkan
taraf, kecekapan dan kewibawaannya. Antara sumbangan
terbesar Islam kepada
masyarakat di Alam Melayu adalah pengaruhnya terhadap
perkembangan bahasa
Melayu. Sebagai bahasa komunikasi di Tanah Melayu, bahasa
Melayu merupakan
aspek terawal menerima pengaruh Islam. Pemindahan ilmu
berupa ajaran Islam
daripada al-Quran dan al-Hadith yang kedua-duanya dalam
bahasa Arab berlaku dalam
gerakan dakwah secara langsung yang dijalankan oleh
pendakwah-pendakwah dari
negara Arab, India dan China.
Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu
telah menyebabkan
berlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di Alam Melayu.
Kedatangan Islam
mengangkat martabat bahasa Melayu ke arah mengungkapkan
sesuatu yang bersifat
ilmiah dan saintifik sehingga mencapai taraf lingua franca
yang digunakan secara
meluas di Alam Melayu. Terdapat penggunaan kata dari bahasa
Arab yang dipinjam dan
digunapakai dalam bahasa Melayu.
Kedatangan Agama Islam juga telah membawa perubahan yang
besar terhadap warisan
kesusasteraan Melayu. Banyak hasil kesusasteraan Melayu
ditulis seperti Hikayat Nabi
Muhammad S.A.W Hikayat Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para
Sahabat, Hikayat Para
Pahlawan Islam dan Hikayat Ahli-ahli Sufi dan Orang-orang
Yang Salih. Manakala puisi
terkenal yang dipengaruhi oleh sastera Islam contohnya ialah
Syair Perahu, Syair
Burung Pingai oleh Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat oleh
Abdul Rauf Fansuri.
Melalui tulisan jawi agarna Islam telah dapat
diperkembangkan. Bahasa dan
kesusasteraan Melayu juga berkembang melalui tulisan jawi.
Dalam pada itu bahasa
Melayu itu telah diperkayakan dengan kata-kata pinjaman
serta istilah daripada bahasa
Arab. Perkembangan ini dapat dilihat bukan sahaja dalarn
kitab serta karya sastera
semasa pada zaman selepas itu, malah buku-buku Sejarah juga
mempunyai tajuk asal
dalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat
al-Nafis, Bustanus-Salatin dan lainlain
lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992: 28).
Kedatangan Islam ke Alam Melayu selain membawa perubahan
dari sudut akidah, ia
juga membawa perubahan dari sudut kesusasteraan.
Kesusasteraan Melayu bukan
sahaja mengalami perubahan dari aspek pendokumentasian,
malah turut mengalami
perubahan dari aspek tema, bentuk, genre malah matlamat
sastera itu sendiri. Para
sasterawan menghasilkan karya-karya yang sangat luas
bidangnya bukan sahaja
bercorak fiksyen, tetapi turut meliputi cabang-cabang ilmu
fekah, ilmu tasawwut ilmu
kalam, falsafah dan sebagainya (Ismail, 1985 : 101).
Pelbagai hasil kesusasteraan
telah dipengaruhi oleh ajaran Islam yang bertemakan sejarah
Islam atau ajaran Islam itu
sendiri. Antara contoh sastera prasa ialah Hikayat Nur
Muhammad, Hikayat Bulan
Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Mikraj.
PENGAJARAN
Politik
1. Negara Malaysia hendaklah menjalankan hubungan diplomatik bersama negara-negara lain untuk mengukuhkan kestabilan politik negara.
- hubungan China-Melaka.
2. Pemerintah hendaklah merancang penubuhan kerajaan yang strategik dan teratur agar kerajaan yang dibina kekal lama.
3.Pegawai-pegawai kerajaan perlulah bekerja dengan bijak dan jujur dalam pemerintahan agar tiada persengketaan antara rakyat dan pembesar.
4. Rakyat hendaklah bersatu padu dalam mewujudkan suasana harmoni dan memberi sokongan padu kepada pembesar pemerintah negara.
5 Ahli-ahli politik haruslah sedar tentang kepentingan menubuhkan sebuah kuasa politik yang jujur dan sentiasa menjaga amanah yang diberikan dengan sempurna.
-pembesar-pembesarnya tidak cekap dalam pentadbiran dan mengamalkan rasuah
6. Elakkan sikap berpuak-puak dalam menjalankan pentadbiran negara serta fitnah melampau seperti zaman Kesultanan Melayu Melaka yang menjerumus kepada kejatuhan sesebuah kerajaan.
-Perpecahan dikalangan pembesar Melaka
-Berlaku perebutan pengaruh antara pembesar
Politik
1. Negara Malaysia hendaklah menjalankan hubungan diplomatik bersama negara-negara lain untuk mengukuhkan kestabilan politik negara.
- hubungan China-Melaka.
3. Pemerintah hendaklah merancang penubuhan kerajaan yang strategik dan teratur agar kerajaan yang dibina kekal lama.
4. Pegawai-pegawai kerajaan perlulah bekerja dengan bijak dan jujur dalam pemerintahan agar tiada persengketaan antara rakyat dan pembesar.
5. Rakyat hendaklah bersatu padu dalam mewujudkan suasana harmoni dan memberi sokongan padu kepada pembesar pemerintah negara.
6. Ahli-ahli politik haruslah sedar tentang kepentingan menubuhkan sebuah kuasa politik yang jujur dan sentiasa menjaga amanah yang diberikan dengan sempurna.
-pembesar-pembesarnya tidak cekap dalam pentadbiran dan mengamalkan rasuah
7. Elakkan sikap berpuak-puak dalam menjalankan pentadbiran negara serta fitnah melampau seperti zaman Kesultanan Melayu Melaka yang menjerumus kepada kejatuhan sesebuah kerajaan.
-Perpecahan dikalangan pembesar Melaka
-Berlaku perebutan pengaruh antara pembesar
Ekonomi
1. Ekonomi negara perlulah dibangunkan dengan bijak seperti membina institusi-institusi ekonomi sebagaimana pusat perdagangan yang dibina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
2. Bangsa Melayu perlulah bersatu dengan sentiasa bantu-membantu antara satu sama lain dalam pelbagai aspek.
-sistem Adat Pepatih
3. Kita perlulah memperbaiki setiap kelemahan dengan menanam nilai-nilai murni dalam diri masyarakat melayu.
- Sebab kejatuhan kerajaan melayu Melaka.
-Penyebaran agama Kristian,
-Kelemahan askar Melaka,
-ketamakkan pembesar,
-perpecahan dikalangan masyarakat
4. Kita hendaklah mencontohi sikap kepimpinan para pemimpin Melaka seperti Sultan Muzaffar Shah, Tun Perak dan Bendahara Tun Ali dan banyak lagi untuk mencapai kejayaan sesebuah negara.
5. Kita hendaklah sentiasa berhati hati dalam menjalinkan hubungan dengan kerajaan luar yang mempunyai niat jahat terhadap Negara kita.
6. Kita hendaklah mengekalkan penggunaan Bahasa Melayu yang digunakan pada Zaman Kegemilangan Melayu Melaka sebagai bahasa penghantar.
-Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca
- peningkatan dari segi peralatan perang.
7. Kita perlulah meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur-infrastruktur yang sedia ada untuk mewujudkan perubahan demi keselesaan rakyat seperti masjid, madrasah, surau dan lain-lain..
8. Janganlah berlaku sebarang perbalahan politik di dalam sesebuah negara kerana ia akan meruntuhkan sesebuah institusi.
• Wujud konflik perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir.
• Kejadian Raja Mendeliar yang memfitnah Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan Sultan Mahmud Syah.
RUMUSAN/CADANGAN
Kesimpulannya, kesan dari kegemilangan Melaka saya dapat
simpulkan iaitu dari segi politik, ekonomi dan pendidikan.
Sultan Muhammad Shah adalah sultan yang pertama menggunakan
gelaran "sultan" bagi menggantikan gelaran 'seri' yang berunsur agama
Hindu. Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, corak pemerintahan
dan kepimpinan Islam telah diamalkan. Baginda dianggap mencontohi kepimpinan
Khalifah Omar Al Khatab iaitu dengan menyamar diri pada waktu malam untuk
melihat sendiri kehidupan rakyat dan mennagkap pencuri.Melaka juga telah
mengadakan hubungan diplomatik lebih luas bukan sahaja dengan negeri di kepulauan
Melayu, China, Kepulauan Ryukyu di Jepun tetapi Melaka juga telah menerima
utusan dan hadiah dari Raja Aden, Ormus, Cambang dan Bengal. Melaka juga
menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran serta undang-undang seperti
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka untuk mewujudkan satu sistem
pemerintahan yang adil, bermuafakat bermusyawarah dan persamaan taraf.
Hukum-hukum adalah berkaitan dengan membunuh, berzina dan meminum arak
Dari segi ekonomi pula, Melaka telah menjadi pelabuhan
entrepot yang terkenal di dunia pada abad ke 15. Banyak barang-barang yang
berkaitan dengan Islam dibawa masuk seperti kitab-kitab agama, minyak wangi,
permaidani, pakaian dan sebagainya. Melaka juga menjalankan konsep jual beli
secara Islam seperti dalam soal timbangan sukatan, konsep zakat, fitrah, wakal,
sedekah.
Kesan dari segi sosial pula, pada abad ke-15, Melaka menjadi
pusat pengajian dan perkembangan agama Islam yang terpenting. Banyak perkataan
Arab seperti ilmu, faedah, fardhu, sedekah, hikmat dan lain-lain lagi
memperkayakan khazanah bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu
dan Lingua Franca.
RUJUKAN
https://www.youtube.com/watch?v=tGE68-NpC_g
http://sejarahmelakabukuteks.blogspot.com/2012/06/kegemilangan-melaka.html
BUKU
BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 1:Ahamad Fawzi Bin Mohd.Basri , Fo'ad Bin Sakdan ,
Azami Bin Man-tahun2009
BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 5 : Ramlah Adam, Shakila Parween
Yaacob, Abdul Hakim Samuri, Muslimin Fadzil-tahun 2010
PENGAJIAN MALAYSIA : NORMURNI MOHAMMAD
ROZANA
FATIN ABDULLAH @ RAZALI
MOHAMAD
FAIZAL BIN AHMAT